Monday, October 19, 2009

Masyarakat Kelompok

Masyarakat Felda adalah masyarakat berkelompok yang datang dalam satu jemaah yang besar. Walau apa pun yang kita buat, kita buat beramai. Kalau kita mengerjakan kebun kita buat beramai-ramai. Itulah pegangan kita. Tekad ini patut kita turunkan kepada generasi akan datang. Masyarakat kita dahulukan. Kita berjaya kerana kita beramai.

Slogan atau moto Felda “Bakti Disemai, Bukti Dituai” yang menjadi amalan kita sehinggalah kita berjaya. Sanggup berbakti dan berkhidmat di mana sahaja. Bakti datang dari hati untuk berbakti kepada masyarakat. Idea itu bukan datang dari petugas tapi datang dari peneroka sendiri iaitu peneroka Felda Batu Lapan Guar Napai. Selagi kita bertugas selagi itulah kita menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat peneroka.

KPF memegang saham 51% dalam syarikat-syarikat Felda. Kalau syarikat untung banyak dividen diberi kepada ahli yang terdiri dari peneroka dan petugas. Lebih setengah bilion untuk kebajikan peneroka bagi setahun. Belanja pendidikan lebih 100 juta dan banyak lagi bantuan yang beri dan ini semua datang dari keuntungan syarikat Felda.

Konsep “Felda Mesra”yang diamalkan sekarang adalah bermaksud kita sesama kita menjayakan masyarakat Felda untuk menjadi masyarakat contoh. Jika ada masalah kita sesama kitalah yang menyelesaikannya bukan orang lain.

Ucapan Dato’ Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab di Dewan JKKR Felda Kemahang 1 pada 19 Oktober 2009 jam 8.30 malam

Sunday, May 31, 2009

Tingkatkan Prestasi Kerja

Tips pengurusan masa yang efektif
1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelakkan momentum tersebut hilang “umhnya”.

2. Tahu dan kenal pasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang penting dan perlu disiapkan segera.

3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda. Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.

4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri untuk sesetengah keadaan. Kadang kala anda perlu mengikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya yang perlu dibantu.

5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

Monday, August 4, 2008

Belia Felda Wilayah Gua Musang


Melalui pesatuan belia, saudara boleh mencorakan hala tuju pesatuan belia Rancangan Felda, bagaimana nak membawa ahli-ahli kita kepada bidang-bidang tertentu, seperti bidang kepimpinan, perniagaan, usahawan dan sebagainya. Kursus seperti ini boleh membentuk jati diri. Apa yang kita kehendakki dari saudara ialah belia yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara serta boleh mewarisi apa yang telah kita bina selama ini. Bidang industri sawit banyak peluang. Kerja di ladang tidak sama dengan kerja di pejabat. Kerja seawal 7.00 pagi. Pada masa ini tanaman paling stabil ialah sawit dan getah. Pengurusan Felda memang berhasrat untuk memberi ilmu kemahiran kepada belia yang tidak berpeluang meningkat dalam bidang akademik. Belia yang menceburi bidang kemahiran, akhirnya berjaya mendapat kerja, menjadi usahawan atau merantau ke mana-mana tempat untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

(Petikan ucapan Y. Bhg. Dato' Ahmad Tarmizi Alias, Pengarah Besar Felda semasa perasmian majlis penutup Program Generasi Gemilang di Taman Etnobotani Gua Musang pada 01.08.2008)

Tuesday, July 15, 2008

Intro Dari Hj. Abd. Malib b. Abd. Rani

Tuan Haji Abd. Malib b. Abd. Rani bertugas sebagai Pengurus Besar Wilayah Felda Wilayah Gua Musang mulai Julai, 2008. Intro dari beliau ialah:-
  • Perlu kerjasama dari semua petugas. Menjalankan tugas sebagai amal kebajikan. Semua pegawai dan pengurus hendaklah mahir dalam semua bidang, iaitu mahir komunikasi, kepimpinan, mahir ICT dan sebagainya.
  • Sesekali pengurus boleh juga menjadi imam di masjid. Cintailah masjid, tentu orang lebih hormat kepada kita. Pupuk hubungan mesra dengan masyarakat peneroka. Sesekali patut pergi ke masjid Rancangan pada waktu subuh untuk melihat sendiri sembahyang subuh berjemaah.
  • Semua pegawai hendaklah menjalankan tugas dengan rasa tanggung jawab, ikhlas dan bersungguh-sungguh.
  • Dalam pertuturan harian, samada semasa mesyuarat atau semasa perjumpaan tidak rasmi, kita hendaklah sentiasa menyebut mengenai hasil kebun, kebersihan kebun, pendidikan, kebersihan dan keceriaan kawasan kampung. Pengurus hendaklah merangka program untuk menceriakan kawasan kampung, termasuk rumah kakitangan.
  • Mulai Ogos, 2008, semua Pengurus dan semua Pegawai dikehendakki membuat Jadual Kerja Bulanan dan Pencapaian Kerja. Jangan gagal merancang dan jangan merancang untuk gagal.